HOME COMMENT FACEBOOK MEMBER BISNES MY FAN PAGE TWITTER YOUTUBE FOLLOW


assalamualaikum Pictures, Images and Photos ASSALAMUALAIKUM .. BACA LAH ARTIKEL2 SAYA OK .. KITA ERATKAN SILLATURAHIM ANTARA ISLAM.. TERIMA KASIH PADA ANDA .. assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Sabtu, 21 April 2012

CINTA BUKAN PARAS RUPA




Aku percaya kita semua bukan mencari pasangan yang sempurna, tetapi sekurang-kurangnya menenangkan jiwa dan menyejukkan hati kita. Betul tak?


Aku pun begitu juga. Aku tak mahu yang terlalu cantik kerana tak sepadan ngn aku. Juga tanak terlalu bijak kerana Aku jadi rendah diri pula. Yang sederhana la kot. At least, dia jujur dan tidak suka menipu. Apatah lagi menipu sesuatu yang aku sudah tahu akan kebenarannya.


 Juga aku tidak suka yang mempermainkan hati, yang terlebih-lebih dalam segala hal dan terlalu nak jadikan Aku milik penuh dia. Tak lupa juga yang jenis suka salah menyalahkan dan mengungkit-ungkit jasa dan cerita lama. Itu semua Aku tak suka.Bagi Aku la, yang lepas tu biarlah lepas. Yang penting, aku nak berubah.


Aku dapati ramai yang kahwin setelah hatinya merasa tenang dgn pasangan dia tu. Kadang2 kita pun hairan, macam mana orang yang cantik suka pada orang yang sangatlah tak hensem? Malah ada pula yang normal bernikah dengan yang tidak normal fizikalnya. Itulah Aku kata, mereka bertemu ketenangan pada pasangan masing-masing. Bila tengok dia, fuh sejuknya hati, rasa tenang rasa damai. Orang lain tengok tak rasa macam tu pun. 


Bila dah rasa tenang, barulah fikiran dan tindakan lebih tulus, lebih cermat. Rumahtangga pun harmoni, suami isteri bahagia, anak-anak ceria. Suasana yang beginilah sesuai untuk mendidik keluarga dan anak-anak ke jalan yang diredhai Allah. Tapi percaya satu benda yang Aku tak nafikan, ketenangan itu boleh dirasai dari orang yang soleh dan solehah. Aura dia lagi kuat dari tenangnya orang biasa-biasa. Huhu. 

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Cantiknya awak punya page...

Tanpa Nama berkata...

wahh..canteknyer ayat...haha
btw since u r a boy..
i juz wanna ask sumthing
perlu ker seorg girl tuh sblum nikah dgn seorg boy, perluker die crite smue rahsie silam die??
i mean the bad one...
perlu ker?
sila jwb lagie... :)
tank u !

Muhammad Zizi Hafizzie berkata...

Rahsia milik kita cuma allah yang lebih mengetahui... :) Kalau kita bercinta, tentang kisah silam terpulang la pd diri anda kerana rahsia itu juga untuk kebahagiaan hubungan, kalau kita terlanjur dgn dosa , segera berdoa dan berubahkan lah diri kita ke pangkal jalan..

CXopportunities berkata...

nice sharing. jz maybe we hve to implement what we said on ourself first. jz my opinion. cinta itu anugerah Allah :)