
ASSALAMUALAIKUM WBT
Manusia diciptakan Allah berpasang-pasangan tetapi kita perlulah mengikut batas-batas yang telah ditetapkan Allah dalam pergaulan antara lelaki dan perempuan. Ramai manusia zaman ini tidak dapat menahan nafsu untuk bercinta selepas perkahwinan, ramai remaja yang sudah mempunyai teman lelaki atau teman perempuan di Universiti atau tempat kerja mereka sebelum perkahwinan.
Tetapi perlulah mereka menjaga maruah mereka dengan perasaan malu kepada Allah. kerana Allah lah cinta hakiki yang perlu dinikmati semua manusia yang sering lalai dan alpa. Jangan kita menduakan Allah atau janganlah kita menolak keredhaan Allah dengan keredhaan manusia yang kita cintai. Sangat rugi lah mereka yang mengutamakan manusia dalam kehidupan seharian mereka.
Yang pertama kita perlu menanamkan kecintaan kita adalah kepada Rabb kita Allah s.w.t kemudian Nabi Muhammad s.a.w dan barulah kedua ibu bapa kita yang membesar dan menjaga kita dengan penuh kasih sayang. Selepas itu barulah kita menghadirkan kecintaan kita kepada kekasih hati kita dengan niat kita akan menikahi untuk dijadikan pasangan hidup kita, bukan untuk suka-suka atau berbangga ataupun mengikuti rakan-rakan dengan adanya suatu perhubungan yang tidak pasti.
Yang terbaik adalah menjaga hati kita untuk bercinta selepas perkahwinan bagi sesiapa yang mampu.
Pantun dari saya :
Kebaya ketat, kain terbelah
Ikat tudung macam tak sudah
Nak ikut suruhan agama memang tak mudah
Tapi Islam sebenarnya indah.. ♡♡
ASSALAMUALAIKUM COMMENT
15 ulasan:
btol2..nice entry :)
nice entry,,heee
terkesan pada hati BTW nice entry Zizi
cinta itu sangat indah seandainya betul2 mengikut syariat Islam :)
penulisan yang bagus ..goodjob eh zizi
datanglah blog asu pulak eh..hehe
http://sayacikummi.blogspot.com
thank cik ummi.. :) okey..
cinta oh cinta..kalau betul2 ikut cara islam insyallah cinta akan kekal dan sentiasa diredhai
Right.. :)
entry yg bagus la..tumpang share boleh?
share 101% free.. sharing is caring. :)
Hi.. Nice Blog.. Feel Free To Visit N Follow My Blog. :)
betul tu.. :)
Siti Aniza - thank :)
bagus entry ni.. :)
wahhhhh betoi2...
suka la blog pkcik ni
byk bg ajaran sal islam
nice one :)
sy tag awk...:)
Catat Ulasan